Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Link menarik minggu ini

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II)

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I)

Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!”
Anda boleh membaca post tersebut di sini.
*Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau.

TUR menulis, Paul atau nama asalnya iaitu Saul, lahir di Tarsus(Ephesus) di ibu kota Cicillia di Turki. Bapanya adalah berketurunan Yahudi dari kabilah Bunyamin(adik kandung Nabi Yusuf as) manakala ibunya pula adalah daripada keturunan Rom.- Tarsus dan Efesus adalah tempat yang berbeza. Rujuk peta di bawah.

- Paulus memang seorang Yahudi keturunan suku Benyamin (Flp 3:5), cuma, tidak dinyatakan keturunan ibu Paulus. Hanya dikatakan dia dilahirkan sebagai warganegara Roma (Kis 22:28).

Menjawab Polemik.

Apa itu polemik? (polĂ©mik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pen­dapat (isu) dsb dlm bentuk polemik. (sumber)1. a controversial argument, as one against some opinion,doctrine, etc. 2. a person who argues in opposition to another;controversialist. (sumber) Mengapa tajuk post ini ialah "Menjawab Polemik"? Saya melihat ada banyak polemik terhadap Kristianiti di laman web. Saya merasakan perlu menjawab polemik-polemik ini.

The Gospel of Judas (terjemahan)

(Berikut adalah terjemahan dari artikel yang ditulis oleh Michael Licona berkenaan dengan Injil Yudas. Anda boleh membaca artikel asal di sini.)
* Anda boleh membaca terjemahan Bahasa Melayu untuk Injil Yudas di sini.
Pada 9 April 2009, National Geographic telah mengumumkan Injil Yudas. Berikut adalah beberapa pendapat yang diberikan oleh Mike.

Injil Yudas April ini, National Geographic Society mengumumkan tentang Injil Yudas. Manuskrip tersebut telah ditemui di Mesir pada lewat 1970-an, ditulis dalam bahasa Koptik Mesir, dan memerlukan lebih kurang 15 minit untuk selesai membaca keseluruhan kandungannya. Oleh kerana pemiliknya tidak berjaya menjualnya, manuskrip tersebut disimpan di dalam sebuah peti deposit di New York sehinggalah baru-baru ini.[i]
Apabila National Geographic menayangkan rencana khas tentang Injil Yudas pada waktu perdana pada malam Ahad, ramai di antara kita menonton dengan penuh rasa ingin tahu. Adakah ini akan memberi cabaran baru kepada Kristianiti? Apa impak yang ak…

Link menarik minggu ini

Ada banyak sumber di dalam internet dalam memperkatakan tentang Kristianiti. Ia merangkumi doktrin, isu semasa, teologi, dan banyak lagi. Namun, sumber-sumber ini mungkin agak banyak dan ada yang menyimpang dari dasar iman Kristianiti yang sebenar.

Ada baiknya saya senaraikan sumber-sumber ini untuk anda sebagai resources untuk kita selidiki bersama. Saya akan cuba memaparkan pautan sumber-sumber ini setiap hujung minggu (antara Jumaat hingga Ahad). Semoga ia akan memberi kita perspektif yang lebih luas lagi dalam memahami iman yang kita miliki.

Siapa Yesus yang sebenarnya?Bukti kewujudan Yesus.Book Review: The Jesus Dynasty by James Tabor.Adakah peristiwa kehidupan Yesus diplagiat dari mitos pagan kuno?Paulus vs Yakobus: Iman atau Perbuatan?Adakah Nazarenes dan Ebionites merupakan Kristian yang sebenar? (artikel yang panjang, baca dengan teliti.)Soalan tentang Alkitab I.Soalan tentang Alkitab II.