Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 5

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.


Bukti berikutnya mengatakan,
"Lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan : "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah AKu berkenan." (Matius 3:17).

Suara yang terdengar dari langit itu adalah suara Tuhanyang mengasihi dan berkenan terhadap anak-Nya yaitu Yesus. Jika Yesus itu Tuhan, suara Tuhan yang mana lagi yang ia dengar? Bukankah Tuhan itu hanya satu?
  • Setiap yang mendengar suara Tuhan, pasti bukan Tuhan. 
  • Yesus mendengar suara Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan. 
  • Setiap yang dikasihi Tuhan, pasti bukan Tuhan. 
  • esus dikasihi oleh Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan.
(Kesalahan ejaan yang ada dikekalkan seperti yang terdapat di dalam buku tersebut)

Dengan jelas ayat ini mengatakan 'Anak-Ku yang Kukasihi'. Bukankah itu jelas menunjukkan Yesus adalah Tuhan?
Pasti ada yang berkata, "Tunggu dulu! Jika Yesus itu Tuhan, suara siapakah yang di dengarNya?"

Jawapan ringkas untuk persoalan ini adalah, "Itu suara Bapa yang di Syurga."
Jawapan panjang untuk persoalan ini adalah, "Tuhan adalah Triniti, iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus, maka, suara yang didengar itu adalah suara Bapa yang di syurga."

Kekeliruan ditimbulkan dengan memberikan soalan "Bukankah Tuhan itu hanya satu?". Apa yang cuba dilakukan melalui soalan tersebut adalah mempersoalkan doktrin Triniti. Anda boleh membaca perihal Triniti di dalam blog ini (atau mana-mana sumber lain).

Maka, jika kita mengambil kira Doktrin Triniti, adakah itu menjadikan Yesus bukan Tuhan hanya kerana Dia mendengar suara atau kerana Dia dikasihi oleh Bapa yang di syurga?


terjemahan ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Berita Baik.

Ulasan