Langkau ke kandungan utama

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 4

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut.


Bukti keempat pula adalah tentang baptisan, hujah berikut diberikan,
"Maka datanglah Yesus dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibabtis olehnya." (Matius 3:13).

Kalau Yesus itu Tuhan, mestinya Yesus yang membaptis Yohanes, bukan sebaliknya. Setiap orang baru memasuki wilayah suatu agama, pintu pertama yang harus dia lewati yaitu "pembabtisan", yang kalau dalah Islam "Bersyahadat". Jika Yesus itu Tuhan, tentu tidak perlu Tuhan harus dibabtis.
  • Setiap yang dibabtis, pasti bukan Tuhan. 
  • Yesus dibabtis, berarti Yesus bukan Tuhan.
Ini adalah salah satu contoh bagaimana konteks keseluruhan peristiwa tidak diambil kira dalam mentafsir ayat tersebut.
Perhatikan, Yohanes Pembaptis sendiri berpendapat sama seperti penulis hujah ini sendiri. Kita baca ayat seterusnya,
Matius 3:14
14 Tetapi Yohanes cuba menolak permintaan itu. Dia berkata, "Sayalah yang seharusnya dibaptis oleh Tuan. Tetapi Tuan pula yang datang kepada saya!"
Mengapa Yohanes Pembaptis mahu menolak untuk membaptis Yesus jika Dia hanyalah manusia biasa? Kerana Yohanes Pembaptis tahu siapa Yesus, ia jelas di dalam ayat sebelum ayat yang dipetik sebagai bukti tersebut,
Matius 3:11
Aku membaptis kamu dengan air untuk menyatakan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa. Tetapi Dia yang datang kemudian daripada aku akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api. Dia lebih besar daripada aku, sehingga menjinjing kasut-Nya pun aku tidak layak.
Tujuan pembaptisan tersebut juga bukan untuk 'memasuki wilayah suatu agama'. Baptisan sebenarnya melambangkan kematian dan kebangkitan Yesus. Maka, Yesus menyatakan tujuan Dia dibaptis di dalam ayat seterusnya,
Matius 3:15
Tetapi Yesus menjawab, "Untuk sekarang ini biarlah demikian, kerana dengan jalan ini kita akan melaksanakan segala yang dikehendaki oleh Allah." Yohanes pun bersetuju.
Apakah kehendak Allah tersebut?
- Menggenapkan rencana Tuhan di dalam penyelamatan manusia dari dosa dengan menjadikan diriNya setaraf dengan orang berdosa walaupun Dia tidak berdosa sebagai korban suci untuki menebus manusia dari dosa.

Perkara yang diberikan penjelasan tidak tepat di dalam bukti ke-4 ini adalah maksud baptisan.

Maka, dengan memahami maksud baptisan ini, adakah itu menunjukkan Yesus bukan Tuhan?



terjemahan ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Berita Baik.

Ulasan