Langkau ke kandungan utama

Siri Dasar Kristian - Kematian dan Kebangkitan Kristus

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini. Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Topik
Pembelajaran 6 - Kematian dan Kebangkitan Kristus

Kedua-dua peristiwa sejarah ini adalah dasar kepada iman Kristian.
Peristiwa ini diramalkan oleh penulis-penulis Perjanjian Lama dan oleh Yesus sendiri. [Lihat Yes 53 dan Mrk 8:31-32]



Apa yang menggerakkan Tuhan untuk mengutus Kristus?
Tuhan oleh kerana kasih dengan senang hati mengutusNya.
Yoh 3:16 dan Kol 1:19-20
Mengapa kematian Yesus perlu terjadi?
1) Tuhan membenci dosa.
Rom 1:18
2) Tuhan berfirman bahawa dosa mendatangkan maut.
Rom 6:23
3) Alkitab, melalui sistem korban yang dijelaskannya, dan secara jelas, memberitahu kita bahawa kematian adalah perlu untuk pengampunan dosa.
Ibr 9:22 [lihat juga Imamat 1 dan 16]
Apa yang dicapai melalui kematian Kristus di kayu salib?
1) Pendamaian
Rom 3:25
Pengorbanan Kristus untuk mereka menjauhkan murka Tuhan daripada mereka. 'Yesus Kristus telah ditentukan Allah menjadi jalan pendamaian kerana iman, dalam darahNya' (Alkitab TB)
[lihat juga 1 Yoh 2:2; 1 Yoh 4:10]
2) Penggantian
Yesus adalah tebusan pengganti. Dia mati menggantikan orang berdosa untuk membawa mereka kepada Tuhan. Penebusan (menjadikan Tuhan dan manusia satu, iaitu menyambung semula perhubungan).

PL menggambarkan: lihat Imamat 1:4 (seekor haiwan mati menggantikan tempat orang berdosa) Yes 53:6. PL telah meramalkan dosa orang berdosa akan diberikan kepada Kristus.

Di dalam PB, idea ini dijumpai di dalam Yoh 1:29; 1 Ptr 2:24; [Ibr 9:28]

3) Perdamaian
Orang dosa yang memberontak didamaikan dengan Tuhan yang murka terhadapnya. Persahabatan terjalin semula oleh kematian Kristus. 2 Kor 518-21

4) Penebusan
Penebus adalah seorang yang membayar harga tebusan untuk membebaskan seseorang yang ditahan di dalam perhambaan. Yesus mengatakan Dia telah datang untuk memberikan nyawaNya sebagai tebusan untuk banyak orang. Mrk 10:45 [Ef 1:7; Rom 3:24]

Harga telah dibayar untuk membebaskan seseorang [Rom 8:1-3; Gal 3:13, 4:4]. Adakah Dia gagal? Adakah Tuhan akan menuntut pembayaran dua kali?

Mengapa kematian Kristus boleh diterima untuk orang berdosa?
a) Kristus adalah Tuhan Anak. Dia tidak berdosa, Imam Besar yang sempurna, oleh itu adalah pengantara yang sempurna.
Ibr 9:11-14; Ibr 7:23-28; 1 Tim 2:5
b) Dia hidup menurut Hukum.
Gal 4:4
c) Dia membayar untuk orang berdosa yang melanggar hukum.
Gal 3:13
d) Dia melayakkan orang berdosa memiliki kehidupan kekal.
Rom 10:4; 2 Kor 5:21
Apa yang telah dicapaiNya?
Dia mencapai keselamatan bagi mereka melalui pengorbananNya. Dia telah membayar harga tebusan dan mereka tidak perlu membayarnya lagi. KematianNya dinyatakankan di dalam Alkitab yang mana menunjukkan keberkesanannya, cth: penggantian dan penebusan.

Lihat:
[Rom 5:10, 18-19; Rom 8:31-32; Ibr 9:12; Yoh 6:39-40; Yoh 17:2]
Lihat juga kematian Kristus untuk kumpulan tertentu:
[Mat 1:21; Kis 20:28; Ef 5:22-26; Yoh 10:11; Why 5:9]
Bagaimana anda akan menjelaskan 1 Yoh 2:12; Yoh 3:16 dan 2 Kor 5:14-21?

Kebangkitan Kristus
Yesus mati, tubuhNya dikuburkan di dalam kubur dan tubuh yang sama bangkit dari kematian dan keluar dari kubur tersebut. Ia adalah tubuh fizikal yang mana merupakan kesinambungan dari tubuhNya yang lama tetapi berbeza.
Luk 24:1-8, 36-38; 1 Kor 15:1-8
Perhatikan sifat bukti sejarah dan cara pemikiran di dalam 1 Kor 15:1-8.

  1. Kitab Suci
  2. Fakta
  3. Saksi-saksi kejadian
  4. Pengalaman peribadi

Apakah maksud utama peristiwa ini?
1) Ia menyatakan kepada kita bahawa Kristus adalah seperti apa yang didakwaNya dan telah mencapai tujuan kedatanganNya.
Rom 1:4, 4:25 [Flp 2:9]
2) Urutan kematian-kebangkitan melambangkan apa yang telah berlaku ke atas Kristian yang bersatu dengan Kristus.
Rom 6:1-9 [Rom 5:10; 1 Kor 6:14, 15:20-25; Ef 1:18-20]
3) Kebangkitan memberi keyakinan kepada Kristian bahawa suatu hari nanti kita akan memiliki tubuh yang dibangkitkan seperti Kristus dan ini memberi mereka harapan.
Flp 3:20-21; 1 Ptr 1:3

bersambung...
Pembelajaran 7 - Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya

Ulasan