Langkau ke kandungan utama

Siri Dasar Kristian - Pengenalan

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di siniPenerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.

Pengenalan
Siri pelajaran ringkas menjelaskan tentang Iman Kristian. Tujuannya adalah untuk menunjukkan apa yang diajarkan oleh Alkitab. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran sendiri, satu dengan satu, atau di dalam kumpulan kecil dengan seorang pemimpin. Adalah penting untuk anda membaca Rujukan Alkitab dan merenungkan apa yang diperkatakan, supaya anda boleh melihat sendiri apa yang diajarkan oleh Alkitab.

Jika anda bukan seorang Kristian, apabila anda melihat apa yang dikatakan di dalam Alkitab, terdapat panggilan untuk menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan anda.

Jika anda seorang Kristian, ia akan memberi pengenalan kepada dua belas topik asas dan memberikan suatu dasar untuk anda dalam membaca dan mengetahui mesej yang disampaikan dari Alkitab.

Individu yang merangka pembelajaran ini pada asalnya adalah untuk membantu seorang pemuda yang mempunyai masalah pengelihatan dan baharu sahaja menjadi seorang Kristian. Ia ditulis dari perspektif seorang yang percaya bahawa Alkitab adalah Firman Tuhan dan merupakan satu-satunya sumber yang dipercayai dalam memperkatakan apa yang kita percaya dan bagaimana mempraktikan kepercayaan tersebut.

(Di sepanjang pembelajaran ini, rujukan tambahan akan diberi di dalam tanda [], anda boleh merujuknya kemudian.)

Topik

Ulasan