Langkau ke kandungan utama

Kelahiran Yesus dan... Ultraman!?!

Saya tertarik membaca komen ini, saya memetiknya dari blog ini.
Apabila ultraman menjadi manusia dan turun menyelamatkan manusia di bumi = Apabila tuhan menjadi manusia dan turun menyelamatkan manusia di bumi…
macam lebih kurang je kan…hmmm…
Sekali imbas, ia kelihatan mengejek peristiwa kelahiran Yesus (dan itu memang tujuan asal penulis komen ini). Namun, jika ditelitikan, persamaan ini boleh menjadi suatu contoh yang baik untuk menjelaskan keTuhanan dan kemanusiaan Yesus. Bagaimana?


Seperti yang dicatatkan di dalam Alkitab, Yesus ketika dilahirkan adalah manusia, namun peribadiNya adalah Tuhan.
Kol 2:9
Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia.
Yesus ketika itu mempunyai dua sifat iaitu Tuhan dan manusia. Ia dipanggil sebagai kesatuan Hypostatik. Dengan memahami kesatuan dua sifat ini, kita akan dapat mengerti mengapa Yesus berdoa kepada Bapa (Yoh 17), boleh dicubai (Mat 4:1), membesar dalam kebijaksanaan (Luk 2:52), berasa lapar (Mrk 11:12), berasa takut (Luk 22:44). Semua ini adalah sifat ke'manusia'an Yesus.

Namun, keTuhanan Yesus juga wujud pada masa yang sama. Dia disembah (Mat 14:33), Dia dipanggil sebagai Tuhan (Yoh 20:28), Dia memberikan kehidupan kekal (Yoh 10:28), Dia dipanggil sebagai Anak Allah (Mrk 1:1).

Hal ini dijelaskan dengan baik melalui penjelmaan Ultraman.
Ultraman berkuasa, namun, apabila dia dalam keadaan manusia, dia terbatas seperti manusia.
Yesus berkuasa, namun, apabila Dia dalam keadaan manusia, Dia terbatas seperti manusia.

Tapi, ingat, hanya konsep kewujudan yang sama.


terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik

Ulasan