Langkau ke kandungan utama

Persoalan tentang Kedaulatan Tuhan

Artikel ini diterjemah dari laman web Answer For Atheists dan boleh dibaca di sini.

BANTAHAN: Kristian percaya bahawa Tuhan itu berdaulat (Dia mempunyai kuasa pemerintahan penuh), dan hanya Tuhan yang dapat memanggil orang percaya untuk bertaubat. Mereka yang memilih untuk percaya dan menerima Yesus sebagai Juruselamat mereka telah ditentukan oleh Tuhan yang Mahakuasa ini. Jika ini benar, maka manusia hanyalah boneka di bawah arahan Tuhan yang Mahakuasa yang mengawal semua pilihan dan menentukan kesudahan akhir. Tuhan yang disembah Kristian tidak memberikan manusia kebebasan untuk membuat pilihan bagi diri mereka sendiri.



Jawapannya terletak pada pengertian kita tentang "kebebasan memilih"
Kebanyakan kita lebih cenderung berfikir bahawa kita adalah bebas untuk membuat sebarang pilihan dalam sebarang situasi, namun jika kita memikirkannya semula, anda akan segera menyedari bahawa pilihan yang anda sangkakan telah anda pilih secara bebas adalah terbatas kepada sifat sedia ada kita (kecenderungan anda, keinginan, suka dan tidak suka). Pernahkan anda mengemaskan almari anda dan membuang sehelai kemeja-T, tali leher atau baju yang hodoh, yang mana telah dihadiahkan kepada anda? Setiap hari, dalam anda membuat keputusan baju apa yang anda mahu pakai, anda bebas untuk memilih pakaian tersebut tetapi anda tidak pernah berbuat demikian. Sifat anda (dalam kes ini, citarasa anda terhadap pakaian) menghalang pilihan anda. Untuk memahami pengajaran Alkitab tentang "kebebasan memilih", kita perlu membezakan dua konsep tentang kebebasan:
Kebebasan memilih "Libertarian": "Kebebasan memilih" menurut pandangan ini mengatakan manusia mempunyai kemampuan untuk membuat sebarang pilihan, walaupun pilihan ini mungkin bertentangan dengan sifat kita (kecenderungan, keinginan, suka dan tidak suka). Kita juga boleh memanggil ia sebagai "kebebasan memilih yang tidak terbelenggu".
Kebebasan memilih "Compatibilist": "Kebebasan memilih" menurut pandangan ini mengatakan manusia mempunyai kemampuan untuk membuat sebarang pilihan, namun kemampuan ini terbatas oleh sifat sedia ada kita (kecenderungan anda, keinginan, suka dan tidak suka). Kita juga boleh memanggil ia sebagai "kebebasan memilih yang terbelenggu pada diri sendiri".
Pengalaman pratikal kita menunjukkan kita tidak membuat pilihan yang langsung tidak terbelenggu (tidak terhalang) oleh sifat kita. Ramai di antara kita tidak akan memilih pizza ikan bilis. Ramai di antara kita tidak akan memilih untuk membeli kereta berwarna merah jambu. Ramai di antara kita tidak akan memotong rambut mengikut gaya "mullet". Sifat kita (kecenderungan anda, keinginan, suka dan tidak suka) menghalang kita. Alkitab mengakui bahawa Tuhan itu berdaulat dan manusia telah jatuh dan terhalang oleh sifat yang mencenderungkan kita ke arah kejahatan dan ke arah menidakkan kewujudan Tuhan (Yer 13:23, Mrk 7:21-22, Rom 3:9-12, Rom 8:6-8).

Jadi, bagaimanakah kita, sebagai manusia yang telah dan cenderung menidakkan Tuhan, mempunyai kemampuan untuk memilih Tuhan? Nampaknya, Tuhan (di dalam kedaulatanNya) bekerja pada tahap 'sifat' kita dan bukan pada tahap 'pilihan' kita. Tuhan mengubah hati kita terlebih dahulu, supaya kita mempunyai kebebasan untuk memilih pilihan yang tidak akan kita pilih sebelum ini (kerana sifat kita menghalang kita dari berbuat demikian). Anda dan saya mempunyai kebebasan untuk memilih di dalam sifat baru kita, dan sudah tentu kita, bertanggungjawab terhadap pilihan dari kebebasan memilih tersebut:
Yoh 6:65Dia berkata lagi, "Itulah sebabnya Aku berkata kepada kamu bahawa tidak seorang pun boleh datang kepada-Ku, kecuali Bapa memperkenankannya."

terjemahan Alkitab yang digunakan adalah dari Berita Baik.

Ulasan