Langkau ke kandungan utama

1.Pengenalan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Pengenalan
Terdapat keperluan untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diberikan Muslim tentang bagaimana Kristianiti melayan wanita, berbanding contoh-contoh yang ada di dalam Islam. Untuk membantu dalam usaha ini, kami telah menggunakan tulisan oleh Sherif Muhammad (disingkatkan kepada SM), yang mana mencabar banyak pengajaran kita mengenai wanita. Walaupun tulisan oleh SM ini akan dijadikan sebagai model, respon kami akan memasukkan cabaran dan respon tambahan untuk membantu para pembaca menilai hal ini dengan lebih luas.

Tujuan yang diberikan oleh SM mengenai isu ini patut dipuji, membandingkan posisi wanita di dalam tiga kepercayaan (Judaism, Kristianiti, Islam) tanpa cuba merendahkan tradisi yang tidak mereka anuti. Namun, kita terpaksa mempersoalkan motif SM kerana dia cenderung mengulang beberapa kesilapan di dalam penilaiannya, lebih tepat lagi, tujuh kesilapan, iaitu:

  • Dia tidak mempedulikan semua kenyataan positif tentang wanita di dalam Alkitab, yang mana memberikan perspektif yang sangat berat sebelah dan tidak tepat tentang pengajaran Alkitabiah tentang wanita.
  • Dia sering kali mengabaikan atau menyembunyikan teks yang bermasalah dan negatif terhadap wanita di dalam Al-Quran dan hadis.
  • Walaupun dalam pemerhatiannya,dia mengakui, terdapat ramai orang yang mengaku sebagai beragama tetapi tidak tahu apa-apa tentang kepercayaan yang dianuti mereka, dan dia bertegas bahawa kebimbangan utamanya adalah posisi wanita di dalam ketiga-tiga kepercayaan berdasarkan apa yang diajarkan di dalam sumber asal kepercayaan-kepercayaan ini, bukan berdasarkan apa yang dipraktikkan oleh berjuta-juta pengikut kepercayaan masing-masing pada zaman ini, namun, dia dengan senang hati menunjuk ke arah sebarang contoh negatif yang berkaitan dengan orang Kristian dan orang Yahudi zaman ini.
  • Namun, ironiknya, dia meremehkan penindasan lebih serius yang berlaku di dalam masyarakat Muslim hari ini.
  • SM sering menunjukkan perbuatan memilih-milih teks Alkitab dan Al Quran serta memilih-milih tradisi Kristian dan Muslim.
  • Dia juga menunjukkan pemahaman yang lemah terhadap hermeneutik Kristian, khususnya tujuan dan perhubungan di antara Perjanjian Lama dan Baru.
  • Dia menggunakan tulisan-tulisan para bapa gereja serta kitab apokripa Kristian dengan cara yang tidak sesuai, kerana dia tidak memahami sifat serta autoriti penulisan-penulisan ini ke atas pemikiran Kristian.
Di dalam respon ringkas ini, kami akan cuba mengelak dari memberikan perbandingan berat sebelah yang sering ditemui di dalam penulisan polemik oleh SM. Sebaliknya, kami hanya akan melihat kepada bahagian Alkitab yang telah digunakannya secara tidak adil demi mencapai tujuan polemiknya. Walaupun kami percaya dia sering memesongkan pengajaran para rabbi dan bapa gereja dengan memetik perkataan mereka bukan berdasarkan konteks sebenar serta pengetahuan yang sangat sedikit tentang budaya dan bahasa mereka, kami tidak akan memperkatakan hal itu buat masa ini, kerana penggunaan sumber-sumber tersebut tidak relevan dengan perbincangan ini, kerana Kristian tidak menganggap sumber-sumber ini memiliki autoriti seperti yang diberikan Muslim terhadap Hadis.

Kami tidak mempertikaikan perkara-perkara baik yang Muslim katakan tentang Islam, tetapi dalam keadaan tertentu kami telah menimbulkan ayat-ayat di dalam Al-Quran dan Hadis yang tidak bersetuju dengan kesimpulan yang diberikan, dan mencadangkan bahawa jika penilaian yang jujur terhadap isu-isu itu diberikan akan memerlukan penjelasan lanjut kepada teks-teks yang bermasalah tersebut.

Seterusnya...
atau

Ulasan