Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

9.Nazar/Sumpah - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Nazar/Sumpah
Argumen SM
Bil 30:5, 12 Jika bapa/suami tidak mempersetujui nazar anak perempuannya/isterinya, maka nazar mereka tidak sah. Kerana wanita adalah milik bapanya sebelum berkahwin, atau milik suaminya selepas berkahwin. Namun, dalam Islam, nazar setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan, mengikat mereka (dan dijelaskan di dalam surah 5:89), dan lelaki dan wanita pergi sendiri kepada Muhammad untuk menyatakan sumpah (surah 60:12).

Respon kami

Wayne A. Grudem: tentang Dasar Iman Kristian

Mengetahui dan memahami dasar kepercayaan Kristian adalah penting untuk setiap orang Kristian. Mereka yang tidak tahu apa yang diajarkan di dalam Alkitab tidak akan dapat membezakan kebenaran daripada kesalahan, dan mereka akan menjadi seperti "menjadi anak-anak lagi, yang diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik" (Efesus 4:14). Namun orang Kristian yang mempunyai dasar yang kukuh akan menjadi lebih matang, tidak akan mudah disesatkan, mempunyai penilaian yang lebih baik, dan akan "terlatih untuk membezakan yang baik daripada yang jahat" (Ibrani 5:14).


dipetik dan diterjemahkan dari buku Christian Beliefs, m/s 10.
* terjemahan Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Yesus hanya pengsan di kayu salib"

Dakwaan ini sangat popular popular di kalangan Muslim suatu ketika dahulu. Sehingga kini, sekali-sekala dakwaan ini akan diberikan. Dakwaan yang diperkatakan adalah "Yesus tidak mati di kayu salib tetapi hanya pengsan".

Beberapa laman web yang menggunakan hujah ini *, *, *


Sebelum itu, sedikit pengenalan ringkas tentang dakwaan ini.
Dakwaan ini secara umumnya dikenali sebagai "Swoon Theory" (Teori Pengsan) atau "Swoon Hypothesis". Ia timbul seawal abad ke-18 [1].

Ia kemudian diguna pakai oleh pengasas fahaman Ahmadiyah, Mirza Ghulam Ahmad di dalam bukunya, Jesus in India.

Dan dakwaan ini kemudiannya dipopularkan oleh Ahmad Deedat di dalam bukunya, Crucifixion or Cruci-fiction.

Mengapa Muslim tidak patut menggunakan hujah "teori pengsan"?
Perlu diketahui, untuk argumen ini berhasil, kita perlu menerima kenyataan-kenyataan berikut sebagai benar:
Yesus disalibkan. (dasar utama "teori pengsan")Yesus masih belum mati semasa diturunkan dari kay…

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Matthew"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris. Artikel asal boleh dibaca di sini.

Penulis memberikan artikel yang lebih panjang berbanding 2 artikelnya selepas itu (ini dan ini). Namun, hujah utamanya adalah berikut:
Kalau Matthew yang menulis kejadian ini, kenapa ayat di Matthew 9:9 menunjukkan yang Matthew bukan lah penulis bagi INJIL Matthew? Penulis hanya memberikan hujah tersebut tanpa menjelaskan maksudnya tentang Matius 9:9. Namun, salah seorang dari pengunjung blognya memberikan penjelasan berikut:
(KJV) matthew 9:9, And as Jesus passed forth from thence, he saw a man, named matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto him, ‘Follow me’ and he arose, and followed him.KALAU Matthew yg menulis chapter ini, maka dia akan menulis begini:
And as Jesus passed forth from thence, he saw ME, matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto ME, ‘Follow me’ and I arose, and followed him.atau merujuk Kitab Suci Zabur dan Injil (2008,khazanah Bahari),
St Matius 9:9, Isa …

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Mark"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris. Artikel asal boleh dibaca di sini.

Penulis memberikan kata-kata pengenalan yang agak panjang lebar. Namun, kita akan terus melihat hujah yang diberikannya.

Penulis memulakan dengan memperkenalkan Alkitab yang digunakannya iaitu Red Letter Edition. Penulis kemudian menyatakan perkataan yang dicetak dengan dakwat hitam adalah daripada Markus (atau Mark) dan dakwat merah adalah daripada Yesus. Cara penulis menyatakan hal ini seolah-olah hanya perkataan berwarna merah yang asli sementara yang berwarna hitam adalah palsu apabila beliau menulis:
kenapa ajaran JESUS ditokok tambah dengan penulisan berwarna hitam yang pastinya BUKAN AJARAN JESUS? Kemudian, penulis mempersoalkan identiti Markus dengan menulis:
Siapa St Mark, setakat yang saya membaca INJIL St Mark, dia tidak pernah disebut oleh JESUS sebagai salah seorang anak muridnya. Dan dalam catatannya, dia tidak pernah diiktiraf sebagai salah seorang pengikut atau anak murid JESUS. Jadi? Bagaimana…

Timothy Paul Jones: tentang permulaan Kristianiti

Pada satu titik di mana pertemuan iman dan sejarah dilihat dengan penuh kewaspadaan, saya masih mendapati diri saya tidak dapat lari dari keyakinan ini: Kubur tersebut kosong kerana apa yang kelihatan seperti penghujung kepada suatu cerita sebenarnya adalah kelahiran suatu permulaan yang baru, kerana maut bertukar menjadi kehidupan, kerana apa yang sangat tidak berkemungkinan menjadi mungkin, nyata dan benar. Lebih dari itu, saya percaya Perjanjian Baru mengandungi kesaksian oleh wanita dan lelaki yang merupakan saksi pertama kepada permulaan ini. Tidak ada perkara lain yang dapat menjelaskan bukti-bukti yang saya temui bukan sahaja di dalam Kitab Suci malah di luar Kitab Suci, serta di dalam kesaksian bapa-bapa gereja awal sepanjang empat abad pertama. Secara ringkasnya ia "sepadan dengan lubang kunci".


dipetik dan diterjemahkan dari buku Misquoting Truth, m/s 146.

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Luke"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini.

Menurut penulis blog tersebut, Yesus tidak disalibkan dan ia dapat dibuktikan dengan membaca Injil menurut Lukas. Penulis kemudian memberikan gambar berikut:

Penulis kemudian memberikan hujah berikut:
Penulis bagi GOSPEL LUKE mengakui yang dia bukan saksi bagi semua penulisannya. Dia menggunakan perkataan INVESTIGATE. Dalam bahasa melayu ia bermaksud menyiasat. Adakah menyiasat dikira sebagai saksi? Analisis dari siasatan yang dia buat menjadi kesimpulan yang dibukukan dan di masukkan sebagai salah satu isi BIBLE dan sebuah Kitab Perjanjian Baru.Ok, sekiranya ini adalah SIASATAN. Kesimpulan yang saya ambil disini, St Luke tidak tahu melainkan mengambil maklumat dari orang orang yang sudah menulis dizamannya dan menjadikan ia sebagai penulisannya dan ia tidak lebih sekadar ANDAIAN.ANDAIAN dan kemungkinan tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh didalam mahmakah apa pun di atas dunia ini.…

Menjawab: "Ramai orang Kristian dahulu menolak Trinity" - bahagian I

Polemik ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini. (Terdapat beberapa buah blog dan laman web lain yang memaparkan artikel yang sama, namun, blog Hikmatun adalah yang paling awal memaparkan artikel tersebut menurut carian Google)

Kata-kata pendahuluan artikel tersebut agak panjang, namun, saya akan menumpukan terus kepada dakwaan yang diberikan oleh penulis blog tersebut.
Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity.*Terdapat kesilapan di dalam nama kumpulan yang diberikan oleh penulis blog Hikmatun. "Corinthians" sepatutnya adalah "Cerinthians", "Capocratians sepatutnya "Carpocratians" dan &quo…

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Kristian menciplak kepercayaan pagan"

Saya pernah menyentuh hal ini serba sedikit pada post ini pada bulan September yang lalu. Pada artikel kali kini, saya akan cuba menjelaskan dengan lebih terperinci mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah atau argumen ini.

Sedikit pengenalan...
Argumen ini sering digunakan oleh Muslim sebagai hujah untuk menidakkan Kristianiti. Jika kita melakukan pencarian ringkas melalui Google, kita akan menemui argumen ini pada laman-laman web seperti blog, laman sosial, forum, dan sebagainya, oleh Muslim.
Saya berikan beberapa pautan berikut, *, *, *, *
Malah, kebanyakan argumen yang diberikan adalah berulang-ulang atau sama. Mungkin kerana dari sumber yang sama.

8.Zina - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.


Zina
Argumen SM
Alkitab menetapkan hukuman mati bagi kedua-dua penzina lelaki dan wanita (Imamat 20:10), begitu juga dengan Al-Quran (surah 24:2), namun, Alkitab hanya mempertimbangkan hubungan luar nikah dengan wanita yang telah berkahwin sebagai zina (Imamat 20:10, Ulangan 22:22, Amsal 6:207:27). Jika seorang lelaki meniduri wanita yang tidak bersuami, perbuatan ini tidak berdosa langsung. Hal ini demikian kerana wanita di dalam Alkitab dianggap sebagai harta suami. Al-Quran pula, menggambarkan perkahwinan sebagai 'kasih sayang, belas kasihan, dan aman; bukan harta dan 'double standard' (surah 30:21)

Respon kami

Gary R. Habermas: tentang Apologetik

Saya telah berkata-kata di sini seolah-olah satu-satunya tujuan disiplin ini adalah untuk mencapai mereka yang tidak percaya, atau sekurang-kurangnya mencabar mereka dalam erti kata pra-penginjilan, melalui kuasa Roh Kudus. Namun, apologetik bukan sahaja sangat berguna untuk orang percaya, ia juga mempunyai nilai yang sangat besar. Ia adalah bahagian di mana kita perlu mempraktikkan teori di dalam kehidupan melalui pelbagai cara, secara radikal. Komitmen kita terhadap tugas pelayanan secara praktikal ini, haruslah sama seperti komitmen kita dalam menambahkan pengetahuan ilmiah.


dipetik dan diterjemahkan dari buku Five Views on Apologetics, m/s 98.

Yesus vs Krishna

Untuk topik ini, saya sekali lagi akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus diciplak dari dewa kepercayaan Hindu iaitu Krishna. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini. Artikel tersebut memperkatakan peniruan lain tetapi saya hanya akan menumpukan kepada Krishna.
(Sebelum ini saya telah memberikan respon tentang dakwaan persamaan Yesus dan Baal di blog tersebut di sini.)

7.Memberi kesaksian - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.
Memberi kesaksian Argumen SM Al-Quran pada surah 2:282 menyatakan bahawa kesaksian untuk urusan perniagaan bagi 2 wanita dalah sama dengan 1 lelaki, namun di dalam surah 24:6-11, jika seorang lelaki menuduh isterinya tidak menjaga kehormatan, wanita itu boleh bersumpah bahawa dirinya tidak bersalah, dan tiada apa-apa yang akan dilakukan ke atas dirinya.


Di dalam Alkitab, Sarah dicatatkan sebagai menipu (Kej 18:9-16) dan beberapa orang rabbai telah menganggap ia bererti semua wanita adalah penipu. Bil 5:11-31 memberikan cara perbicaraan melalui ujian untuk wanita yang dituduh melakukan zina, dan Ul 22:13-21 memberikan ibu bapa tanggungjawab untuk membuktikan a…

Michael Licona: tentang kebangkitan Yesus

Namun berkenaan dengan kebangkitan Yesus, kita mendapati kitab-kitab Injil sepadan dengan genre biografi kuno. Kita tahu biografi kuno ditulis sebagai sejarah pada tahap yang berbeza-beza. Kita mempunyai laporan awal yang tidak dapat dijelaskan sebagai perkembangan lagenda, kita mempunyai banyak sumber berkecuali, kita mempunyai saksi-saksi, dan kita mempunyai bukti sokongan dari pihak luar (bukan Kristian). Kita juga mempunyai pengesahan oleh musuh; iaitu, pengesahan daripada individu-individu seperti Saul dari Tarsus, yang mana merupakan pengkritik Kristianiti sehinggalah dia melihat bukti yang ada dengan matanya sendiri iaitu Yesus telah bangkit dari kematian.


dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for the Real Jesus, m/s 109

Apologetik Kristian

Artikel ini adalah terjemahan. Artikel asal (dalam Bahasa Inggeris) boleh dibaca di sini.

Oleh Rick Wade

Pengenalan
Sepanjang sejarah gereja, Kristian telah diminta untuk menjelaskan mengapa kita percaya dengan apa yang kita percayai. Rasul Paulus menyatakan pelayanannya sebagai "membela dan mempertahankan Berita Baik itu." Petrus berkata kita perlu "sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki."

Aktiviti gereja ini kemudian dikenali sebagai apologetik yang bermaksud "mempertahankan". Namun, jika mempertahankan iman adalah penting, bagaimana kita melakukannya?