Langkau ke kandungan utama

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Yesus hanya pengsan di kayu salib"

Dakwaan ini sangat popular popular di kalangan Muslim suatu ketika dahulu. Sehingga kini, sekali-sekala dakwaan ini akan diberikan. Dakwaan yang diperkatakan adalah "Yesus tidak mati di kayu salib tetapi hanya pengsan".

Beberapa laman web yang menggunakan hujah ini *, *, *


Sebelum itu, sedikit pengenalan ringkas tentang dakwaan ini.
Dakwaan ini secara umumnya dikenali sebagai "Swoon Theory" (Teori Pengsan) atau "Swoon Hypothesis". Ia timbul seawal abad ke-18 [1].

Ia kemudian diguna pakai oleh pengasas fahaman Ahmadiyah, Mirza Ghulam Ahmad di dalam bukunya, Jesus in India.

Dan dakwaan ini kemudiannya dipopularkan oleh Ahmad Deedat di dalam bukunya, Crucifixion or Cruci-fiction.

Mengapa Muslim tidak patut menggunakan hujah "teori pengsan"?
Perlu diketahui, untuk argumen ini berhasil, kita perlu menerima kenyataan-kenyataan berikut sebagai benar:
  1. Yesus disalibkan. (dasar utama "teori pengsan")
  2. Yesus masih belum mati semasa diturunkan dari kayu salib tetapi hanya dalam keadaan "swoon" atau "pengsan".
  3. Yesus sedar dari pengsan semasa berada di dalam kubur lalu keluar menemui murid-muridNya.
Apakah masalah kenyataan-kenyataan ini? Untuk mengetahuinya, kita perlu membaca ayat di dalam Al-Quran yang khusus memperkatakan tentang penyaliban Yesus (atau menurut Muslim, Nabi Isa).
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (Surah An-Nissa 157)
Jelas melalui surah An-Nissa 157 bahawa Yesus (atau Nabi Isa) langsung tidak disalibkan (lihat yang bergaris). Namun, menurut hujah "teori pengsan", Yesus telah disalibkan, cuma tidak mati dan hanya pengsan semasa diturunkan dari kayu salib.

Maka, jika seorang Muslim itu konsisten dengan hujahnya tentang "teori pengsan", dia terpaksa menidakkan Al-Quran yang dengan jelas mengatakan Yesus (atau Nabi Isa) tidak disalibkan. Ironiknya, ramai Muslim tidak sedar akan hal ini dan kekal menggunakan "teori pengsan" sebagai hujah untuk menidakkan Kristianiti.



Anda mungkin berminat dengan:
- Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Kristian menciplak kepercayaan pagan".

Ulasan