Langkau ke kandungan utama

Menjawab: "Ramai orang Kristian dahulu menolak Trinity" - bahagian I

Polemik ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini. (Terdapat beberapa buah blog dan laman web lain yang memaparkan artikel yang sama, namun, blog Hikmatun adalah yang paling awal memaparkan artikel tersebut menurut carian Google)

Kata-kata pendahuluan artikel tersebut agak panjang, namun, saya akan menumpukan terus kepada dakwaan yang diberikan oleh penulis blog tersebut.
Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity.
*Terdapat kesilapan di dalam nama kumpulan yang diberikan oleh penulis blog Hikmatun. "Corinthians" sepatutnya adalah "Cerinthians", "Capocratians sepatutnya "Carpocratians" dan "Hypisistarians" sepatutnya adalah "Hypsistarians". Namun, saya mengekalkannya sesuai dengan tulisan asal pada blog tersebut.

- Terlebih dahulu, kita perlu mencari definisi sebenar untuk "Kristian peringkat awal".

"Kristian peringkat awal"
- Apakah maksud penulis dengan "Kristian peringkat awal"?
- Jika kita membaca artikel tersebut, penulis memberikan definisi berikut:
Jalan yang asalnya menyuruh menyembah ALlah, Tuhan yang Esa, tetapi telah dicampur adukkan dan di sesatkan dengan menambah agar menyembah dan mengangkat Yesus sebagai Tuhan.
- Dengan kata lain, menurut penulis, "Kristian peringkat awal" adalah "Kristian yang tidak menyembah dan mengangkat Yesus sebagai Tuhan".
- Berdasarkan kenyataan-kenyataan ini, kita dapat membentuk ringkasan argumen yang diberikan penulis tentang "Kristian peringkat awal".
"Kristian peringkat awal" adalah menurut kepercayaannya sebagai Muslim.

- Kita lihat dua kriteria penting untuk argumen-argumen ini menjadi benar.
  1. Kepercayaan bahawa Yesus adalah Tuhan haruslah dibuktikan sebagai kepercayaan lewat, iaitu tidak wujud semasa permulaan Kristianiti.
  2. Kepercayaan bahawa Yesus hanyalah rasul menurut Islam harus dibuktikan sebagai kepercayaan asal semasa permulaan Kristianiti.

- Sekarang, mari kita lihat kesahihan argumen ini dengan melihat apakah kepercayaan kumpulan-kumpulan "Kristian awal" yang telah diberikan penulis sebelum ini. (dan memandangkan penulis menggunakan Wikipedia sebagai sumber, saya juga akan menggunakan Wikipedia untuk melihat sama ada dakwaannya disokong oleh Wikipedia.)
____________________________________________________________________
Ebionites
- Menurut wikipedia, Ebionites "claimed that the Christ is a great archangel who was incarnated in Jesus and adopted as the son of God" [1]. (terjemahan: "mendakwa bahawa Kristus adalah seorang ketua malaikat yang besar yang dilahirkan semula di dalam Yesus dan diambil menjadi anak Tuhan".)
- Sumber wikipedia tersebut memetik tulisan Epiphanius of Salamis (310-403 A.D) sebagai sokongan. Saya mencari tulisan Epiphanius dan menemuinya di laman web Early Christian Writings, di bawah tajuk Gospel of the Ebionites. Saya memetik tulisan Epiphanius: "They say that Christ was not begotten of God the Father, but created as one of the archangels ... that he rules over the angels and all the creatures of the Almighty" [2]. (terjemahan: "Mereka mengatakan Kristus tidak dilahirkan melalui Bapa, tetapi dicipta sebagai salah satu ketua malaikat ... dan dia berkuasa di atas para malaikat dan semua mahkluk ciptaan Dia Maha Kuasa.")
- Pada masa yang sama, wikipedia mengatakan Ebionites mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang Yesus.
- Ada yang melihatNya sebagai tidak bangkit secara fizikal, bangkit secara fizikal, tidak dilahirkan oleh perawan, dilahirkan oleh perawan, dan dipilih sebagai seorang nabi seperti Musa [3].
- Namun, perkara-perkara yang tidak dinafikan adalah kematian, penyaliban dan kebangkitan Yesus. Dengan kata lain, walaupun terdapat perbezaan seperti sama ada Yesus bangkit secara fizikal atau tidak, ketiga-tiga peristiwa penting tersebut diakui di dalam kepercayaan Ebionites sendiri.
- Hal ini sangat penting kerana ia secara tidak langsung menidakkan argumennya kerana kepercayaan penulis (iaitu Al-Quran mengatakan kematian, penyaliban dan kebangkitan Yesus tidak berlaku) bertentangan dengan kepercayaan Ebionites tentang kematian, penyaliban dan kebangkitan Yesus. (Lebih ironik, hal ini dicatatkan di dalam wikipedia [4])
- Selain itu, sumber wikipedia ini sendiri mengakui sumber terawal yang memperkatakan tentang Ebionites adalah tulisan oleh Justin Martyr (sekitar 140 Masihi) [5], dan nama "Ebionites" itu sendiri hanya disebut pertama kali oleh Irenaeus (sekitar 180 Masihi) [6].
- Sumber wikipedia ini juga mengakui tidak ada bukti yang menunjukkan Ebionites wujud pada abad pertama [7]. Ebionites dikatakan hanya wujud pada abad ke-2 [8].

Apa yang kita perolehi dari maklumat-maklumat wikipedia ini?
  1. Ebionites berkemungkinan hanya wujud pada akhir abad pertama atau awal abad kedua. Agak lewat jika dibandingkan dengan zaman kehidupan Yesus (sekitar 2-33 Masihi) dan juga Paulus (sekitar 5-67 Masihi).
  2. Ebionites percaya Yesus disalibkan dan bangkit dari kematian.
- Ingat kedua-dua perkara penting ini. Sekarang kita lihat kumpulan seterusnya.
____________________________________________________________________
Cerinthians
- Berbeza dengan Ebionites, Cerinthians adalah berasal dari seorang individu yang bernama Cerinthus (sekitar 100 Masihi).
- Namun, Cerinthians mempunyai fahaman yang hampir sama dengan Ebionites. Mereka (atau Cerinthus) percaya Yesus dan Kristus adalah dua peribadi yang berbeza, Yesus tidak dilahirkan oleh perawan tetapi anak biologi Yusuf dan Maria, Yesus telah mati disalibkan, Yesus akan dibangkitkan pada akhir zaman, Kristus adalah roh yang telah masuk ke dalam tubuh Yesus ketika dibaptis [9].

Apa yang kita perolehi dari maklumat-maklumat ini?
  1. Cerinthians wujud pada akhir abad pertama. Agak lewat jika dibandingkan dengan zaman kehidupan Yesus dan Paulus.
  2. Cerinthus percaya Yesus telah disalibkan. Cuma, dia tidak percaya Yesus telah bangkit, hanya rohNya (yang digelarnya sebagai Kristus) keluar meninggalkan tubuh Yesus.
- Ingat kedua-dua perkara penting ini. Sekarang kita lihat kumpulan seterusnya.
____________________________________________________________________
Basilidians
- Basilidians adalah fahaman Gnostic dan diasaskan oleh Basilides dari Alexandria pada abad kedua.
- Mereka percaya peristiwa kehidupan Yesus seperti yang dicatatkan di dalam keempat kitab Injil [10]. Dengan kata lain, mereka percaya Yesus telah disalibkan dan bangkit dari kematian [11].

Apa yang kita perolehi dari maklumat-maklumat ini?
  1. Basilidians wujud pada abad kedua. Agak lewat jika dibandingkan dengan zaman kehidupan Yesus dan Paulus.
  2. Basilidians juga percaya Yesus telah disalibkan dan bangkit dari kematian.
- Ingat kedua-dua perkara penting ini. Sekarang kita lihat kumpulan seterusnya.
____________________________________________________________________
Carpocratians
- Sebenarnya, jika kita hanya merujuk kepada wikipedia, maklumat tentang Carpocratians agak sedikit.
- Kita hanya dapat mengetahui mereka wujud pada awal hingga pertengahan abad kedua [12] dan mereka percaya Yesus bukanlah Tuhan.
- Menurut mereka, Yesus adalah manusia yang telah berjaya membebaskan rohNya dari dunia fana kerana dapat mengingat "perkara-perkara yang telah dilihatnya semasa berada di dalam kekuasaaan Tuhan yang kekal" serta rohNya "kekal suci" [13].
- Carpocratians juga mengamalkan gaya kehidupan seksual yang bebas.

Apa yang kita perolehi dari maklumat-maklumat ini?

  1. Carpocratians wujud sekitar pertengahan abad kedua. Agak lewat jika dibandingkan dengan zaman kehidupan Yesus dan Paulus.
  2. Carpocratians percaya Yesus bukanlah Tuhan.
Ingat kedua-dua perkara penting ini. Sekarang kita lihat kumpulan terakhir.
____________________________________________________________________
Hypisistarians (atau Hypsistarians?)
- Untuk kumpulan ini, agak menghairankan kerana tidak wujud kumpulan yang bernama Hypisistarians. Jika kita melakukan pencarian Google, kita hanya akan mendapat nama Hypsistarians. Dan lebih mengejutkan, Hypsistarians bukanlah Kristian tetapi sebuah kumpulan yang menyembah dewa Greek, Hypsistos! [14]
- Saya cuba mencari nama Hypisistarians dan hanya mendapati sumber penulisan berulang-ulang yang mendakwa Hypisistarians adalah "Kristian awal". (lihat carian ini)
- Malah, kesemua carian dengan nama Hypisistarian adalah daripada Muslim yang cuba menidakkan Triniti. Dengan kata lain, Hypisistarians tidak wujud.
- Sumber yang mengatakan terdapat kumpulan "Kristian awal" yang dipanggil sebagai Hypisistarians adalah dari buku tulisan Kais Al Kalby yang bertajuk Prophet Muhammad: The Last Prophet in the Bible [15]. Namun, buku itu sendiri tidak menyatakan dari mana mereka memperolehi maklumat yang mengatakan wujudnya kumpulan Hypisistarians.

Apa yang kita perolehi dari maklumat-maklumat ini?
  1. Hypisistarians tidak wujud.
  2. Hypsistarians pula bukanlah kumpulan Kristian kerana mereka menyembah dewa Greek, Hypsistos.
Ingat kedua-dua perkara penting ini.
____________________________________________________________________
Setelah melihat latar belakang ringkas untuk kumpulan-kumpulan yang dikatakan sebagai "Kristian peringkat awal" ini, kita mendapati hampir kesemuanya memaparkan ciri-ciri yang sama iaitu:
  1. Wujud lama setelah permulaan Kristianiti, iaitu beberapa puluh tahun malah ada yang seabad selepas kehidupan Yesus (dan Paulus).
  2. Mempercayai kepercayaan tentang Yesus yang bertentangan dengan kepercayaan penulis blog Hikmatun sebagai Muslim.
  3. Mendasarkan Alkitab Perjanjian Baru sebagai rujukan, cuma mereka mentafsirkannya secara berbeza.
  4. Kesemua kumpulan ini berfahaman Gnostic.
Secara langsung, menidakkan argumen penulis blog Hikmatun.

"Bagaimana dengan Arians, Paulicians dan Goths?"
- Menurut penulis blog Hikmatun, Arians menerima Yesus sebagai rasul sahaja dan menentang Triniti.
- Benar Arians menentang konsep Triniti, masalahnya, Arians tidak menerima Yesus sebagai rasul sahaja tetapi percaya Yesus adalah Tuhan yang diciptakan oleh Bapa [16] [17]. Malah Arius sendiri (pengasas Arianisme) hidup terlalu lewat dari permulaan Kristianiti iaitu pada pertengahan abad kedua hingga abad ketiga.
- Paulicians pula hanya wujud sekitar abad ketujuh [18]. Terlalu lewat untuk dipertimbangkan sebagai "Kristian awal".
- Goth pula adalah pengikut Arianisme [19]. Agak ganjil penulis mengasingkannya.

Rumusan
Berikut senarai kepercayaan "Kristian peringkat awal" tersebut yang mana bercanggah dengan kepercayaannya sebagai Muslim:
  1. Semua "Kristian peringkat awal" ini percaya Yesus disalibkan sedangkan Al-Quran mengatakan Yesus (Nabi Isa) tidak disalibkan.
  2. Terdapat kumpulan "Kristian peringkat awal" yang mengatakan Yesus bukan dilahirkan dari seorang perawan sedangkan Al-Quran mengatakan Yesus (Nabi Isa) dilahirkan oleh seorang perawan.
  3. Terdapat kumpulan "Kristian peringkat awal" yang mengatakan Yesus adalah malaikat sedangkan Al-Quran mengajarkan Yesus (Nabi Isa) hanyalah manusia biasa.
  4. Terdapat kumpulan seperti Arian yang menganggap Yesus adalah Tuhan (Anak) yang diciptakan oleh Tuhan (Bapa) sedangkan Al-Quran mengajarkan Yesus (Nabi Isa) hanyalah manusia.
  5. "Kristian peringkat awal" ini wujud beberapa puluh tahun malah ada yang berabad-abad selepas kehidupan Yesus di bumi sedangkan Al-Quran mengajarkan semasa Yesus (Nabi Isa) hidup Dia sudah mempunyai pengikut yang menyebarkan Kristianiti (yang sebenar menurut Al-Quran).
Kesimpulan
Sumber yang digunakan oleh penulis blog ini sendiri, iaitu Wikipedia, menidakkan kesimpulan yang diberikannya tentang "Kristian peringkat awal" malah bercanggah dengan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

Bahagian II: Tiada konsep Triniti? (akan datang)

Ulasan

Admin, saya ingin memaklumkan gerakan pengislaman di pedalaman sabah sedang berlaku dan ada dana dari sponsor-sponsor dari semenanjung. Harap mendapat respon yang bijaksana dari kita.
Unknown berkata…
Hai,
Hal ini memang membimbangkan. Gerakan seperti ini juga terjadi di semenanjung, di penempatan orang asli. Di mana Injil diberitakan, di sana mereka mengekori. Yang sangat dikesali, mereka meniru cara kita memberitakan Injil semasa mereka berdakwah.

Respon paling asas yang dapat kita lakukan adalah mendoakan semua yang terlibat, termasuk mereka.