Langkau ke kandungan utama

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 3

> Bahagian 2
Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti.

Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini.
Dikatakan:
Lahir dari ibu perawan
- Yesus lahir dari seorang perawan bernama Maria
- Bacchus lahir dari seorang perawan bernama Demeter/Semele
Respon
- Yesus memang lahir dari perawan bernama Maria. Itu tidak dinafikan.
- Bacchus pula sebenarnya tidak dilahirkan dari seorang perawan. Perhatikan cerita sebenar kelahiran Bacchus (atau Dionysos/Dionysus).

  • Ibu Bacchus, Semele (manusia biasa) telah tidur bersama dengan Zeus (seorang dewa) dan mengakibatkan Semele mengandungkan Bacchus.
  • Isteri Zeus, Hera marah dan membuat muslihat sehingga mengakibatkan Semele yang sedang mengandung dibunuh oleh Zeus sendiri.
  • Zeus menyelamatkan kandungan Semele dengan memindahkan janin tersebut ke pahanya.
  • Zeus membiarkan janin tersebut (iaitu Bacchus) membesar di pahanya sehingga dia sesuai untuk dilahirkan.
- Terdapat satu lagi versi kelahiran Bacchus.
  • Zeus dan Persephone telah melahirkan seorang anak bernama Zagreus.
  • Hera, isteri Zeus mengakibatkan Zagreus mati dimakan oleh Titan. Tubuh Zagreus habis dimakan kecuali jantungnya yang diselamatkan oleh Athena, Rhea atau Demeter
  • Zeus kemudian mengambil jantung anaknya dan ditanam di dalam tubuh Semele.
  • Bacchus pun dilahirkan oleh Semele.
Kesimpulan
- Setelah meneliti kisah sebenar kelahiran Bacchus, kita mendapati ia langsung tidak sama dengan kelahiran Yesus. Bacchus tidak dilahirkan dari seorang perawan (melainkan anda menganggap paha Zeus adalah perawan).
- Malah, terdapat kesilapan di dalam dakwaan yang diberikan iaitu nama kepada ibu Bacchus iaitu Semele. Demeter pula adalah dewi dan bukan ibu Bacchus.

Ulasan