Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Natal!!

Mungkin ada yang merasa hairan. Mengapa saya mengucapkan 'Selamat Hari Natal' sedangkan 25 Disember 2011 sudah lama berlalu? Bukankah hari ini adalah 7 Januari 2012?

Sebenarnya, tarikh terawal perayaan Natal adalah pada tahun ke-28 Augustus dan hari ke-25 Pachon.[1] Pachon adalah salah satu bulan di dalam kalender Mesir [2] ketika itu yang mana 25 Pachon bersamaan dengan 20 Mei di dalam kalender zaman ini.

7 Januari pula adalah tarikh yang diterima oleh gereja Timur seperti gereja Coptic sebagai tarikh merayakan Natal.
Jika demikian, bila kita sepatutnya merayakan Hari Natal?

Apa yang dapat kita pelajari daripada hal ini?
Bukan tarikh yang penting tetapi Yesus Kristus yang telah datang ke dunia untuk menebus kita dari dosa kerana Kasih-Nya yang sangat besar terhadap kita (Yoh 3:16). Walaupun sebenarnya kita tidak layak. Namun, Dia telah mengasihi kita semasa kita masih lagi berdosa (Rm 5:8).

Natal bukan sekadar kelahiran Yesus. Natal bukan sekadar perayaan hari jadi. Natal adalah anugerah kepada kita.

Sekali lagi, Selamat Hari Natal!

Ulasan