Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Dipilih atau Memilih?

Pernahkah anda memikirkan persoalan ini,
"Adakah Tuhan memilih siapa yang hendak diselamatkan-Nya?" dan "Adakah kita bebas memilih untuk menerima atau menolak keselamatkan dari Tuhan?" Jika pernah, anda pasti tahu apa yang saya perkatakan. Jika tidak, mungkin ada baiknya kita mula memikirkannya.

Bagi yang pernah memikirkan hal ini, atau mungkin pernah menyelidiki hal ini, pastinya anda sedar saya sedang memperkatakan tentang dua sistem fahaman teologi yang berbeza di dalam Kristianiti. Iaitu, Calvinism dan Arminianism.
Ya, ini suatu topik yang berat. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui, membanding beza, dan menyelidiki kedua-dua sistem teologi ini, berikut adalah beberapa pautan laman web. Saya membahagikannya kepada Calvinism, Arminianism, dan perbandingan.

Calvinism
- The Five Points of Calvinism
- Reformed Theology

Arminianism
- Society of Evangelical Arminians
- Wesley Center Online

Perbandingan (Kritikan antara kedua sistem teologi ini)
- Calvinist mengkritik Arminia…

11.Perceraian - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini.
Perhatian!Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.

Perceraian Argumen SM Kristianiti melarang keras perceraian (Mat 5:32) yang mana adalah tidak praktikal. Judaisma pula membenarkan perceraian walaupun tanpa sebarang sebab (Ul 24:1-4). (Beliau kemudian memetik pelbagai pendapat dari Talmud.) Islam mengambil jalan tengah mengenai perceraian berbanding Kristian dan Judaisma. Perceraian dibenarkan, tetapi semua usaha untuk perdamaian perlu dilakukan terlebih dahulu (S. 4:19, S. 4:34-35, S. 4:128). Islam memberikan hak talak (cerai) kepada suami tetapi beliau tidak boleh mengambil semula sebarang hadiah perkahwinan yang telah diberikan kepada isterinya. Seorang isteri boleh menceraikan suaminya (khula) jika dia m…

Apa versi terjemahan Alkitab yang sesuai untuk saya?

Pastinya ada yang tertanya-tanya maksud tajuk post ini. Malah, pasti ada yang berkata "Lihat, Alkitab mempunyai banyak versi berbeza! Alkitab telah diubah!".

Nampaknya penjelasan perlu diberikan untuk mengelak sebarang salah faham yang mungkin akan timbul.

Tajuk ini merujuk kepada versi terjemahan Alkitab yang pelbagai. Namun, kepelbagaian versi terjemahan ini tidak bererti setiap Alkitab tersebut berbeza. Sebenarnya semua versi Alkitab menceritakan hal yang sama. Cuma, bahasa pengantar atau gaya bahasa yang digunakan adalah berbeza untuk setiap versi.

Mungkin ada yang bertanya, "Mengapa perlu banyak versi jika isi Alkitab tersebut adalah sama?"
Saya pernah menulis suatu post ringkas tentang persoalan ini di sini.

Berbalik kepada tajuk post ini, bagaimana memilih versi terjemahan Alkitab yang sesuai dengan kita? Berikut beberapa saranan ringkas.

Manuskrip terawal Perjanjian Baru telah dijumpai?

Artikel ini adalah terjemahan. Artikel asal boleh dibaca di sini.

Daniel B. Wallace
Pada 1 Februari 2012 yang lalu, saya telah berdebat dengan Bart Ehrman di UNC Chapel Hill tentang sama ada kita memiliki perkataan-perkataan asal di dalam Perjanjian Baru hari ini. Ini merupakan debat ketiga kami, dan lebih 1000 orang menyaksikannya. Saya telah mengatakan bahawa baru-baru ini tujuh manuskrip papyri Perjanjian Baru telah ditemui - enam darinya berkemungkinan berasal dari abad ke-2 dan yang satu lagi berkemungkinan berasal dari abad pertama. Hasil kajian fragmen-fragmen ini akan diterbitkan lebih kurang setahun dari sekarang.

Manuskrip-manuskrip ini telah menambah simpanan kita seperti berikut: kita memiliki sebanyak 18 manuskrip Perjanjian Baru (semuanya adalah fragmen, lebih kurang) yang berasal dari abad ke-2 dan satu dari abad pertama. Secara keseluruhan, lebih 40% daripada ayat-ayat di dalam Perjanjian Baru ditemui di dalam manuskrip-manuskrip ini. Namun yang paling menarik adalah fr…

Gereja Cult:World Mission Society Church of God (WMSCOG)

Pernahkan anda mendengar istilah "God the Mother" atau "Tuhan Ibu"?

Baru-baru ini saya telah dikunjungi oleh beberapa orang dari World Mission Society Church of God yang mendakwa kewujudan "God the Mother" atau "Tuhan Ibu" ini di dalam Alkitab.

Mereka cuba meyakinkan pendengar mereka bahawa Tuhan itu terdiri daripada "Bapa" dan "Ibu" serta menggunakan ayat-ayat Alkitab untuk menyokong hujah mereka. Yang menyedihkan, mereka memetik ayat-ayat Alkitab tersebut di luar konteks. Antara ayat-ayat yang dipetik adalah:
Kej 1:26-27, Gal 4:26, Why 21:9; 22:17

Menurut mereka Tuhan dipanggil sebagai "Bapa" kerana wujud Tuhan "Ibu". Secara ringkas, alasan mereka adalah seperti berikut:
"Bapa" bermaksud lelaki yang mempunyai anak. Namun, sebenarnya si ibu yang melahirkan anak tersebut. Maka, jika ada bapa, ini bererti dia (si Bapa) mesti mempunyai anak yang memanggilnya sebagai "bapa" dan mesti ada se…

Nabi Muhammad di dalam Yesaya 29:12?

Antara ayat Alkitab yang sering dipetik oleh Muslim untuk membuktikan Nabi Muhammad ada di sebut di dalam Alkitab adalah Yesaya 29:12.

Muslim mendasarkan ayat dari surah Al-A'raf 157 berikut:
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya. Lihat bahagian yang digariskan. Dikatakan nama Nabi Muhammad ada tertulis di dalam Taurat dan Injil. Yesay…

Nama 'Muhammad' di dalam Kidung Agung 5:16?

Antara ayat Alkitab yang sering dipetik sebagai bukti kononnya nama Muhammad ada di dalam Alkitab adalah Kidung Agung 5:16.

Sekarang mari kita lihat hujah Muslim tentang hal ini.

Menurut Muslim, ayat pada Kidung Agung 5:16 jika dibaca menggunakan bahasa Ibrani, mengandungi nama "Muhammad".
םלשׂורי תונב יער הזו ידוד הז םידמחמ ולכו םיקתממ וכח  Perkataan yang dimerahkan tersebut dibaca dengan sebutan machmadim. Menurut Muslim, ia adalah bukti bahawa nama "Muhammad" ada di dalam Alkitab kerana sebutan machmadim yang hampir sama dengan sebutan nama "Muhammad". Seorang blogger Muslim memberikan hujah berikut tentang perkataan tersebut:
perkataan muhammadim tu ada imbuhan -im. dalam bahasa hebrew, imbuhan -im ni adalah plural of respect, bermaksud, muhammadim tu adalah nama org dan bukannya perkataan 'all together lovely". kalau dorg tulis muhammad je, mungkin boleh dipertikaikan. tp dah jelas2 dalam bahasa hebrew, semua perkataan yg ada -im adalah meruju…

Ayat-ayat porno dalam Alkitab?

Adakah bahan-bahan porno dan lucah terdapat di dalam Alkitab?

Menurut Muslim, terdapat bahan porno di dalam Alkitab. Dan untuk dakwaan ini, saya akan menggunakan artikel di dalam blog hikmatun yang bertajuk "Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzinah dalam Al-Quran".

Sebelum itu, definisi "porno" dan "lucah" menurut kamus online PRPM:
Pornografi 1. penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian dll) dgn cara yg mengghairahkan atau yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan, dsb), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dsb secara lucah; 2. segala bahan (spt filem, gambar foto, dan bahan bacaan) yg bertujuan utk membangkit­kan nafsu seks, segala bahan (spt filem, terbitan dsb) yg lucah. Secara ringkasnya, "Porno" bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks.
Sesuai dengan dakwaan penulis blog hikmatun: Maka apa relevan dan perlunya dicerita panjang lebar dengan ayat2 yang dapat memban…