Langkau ke kandungan utama

Kisah Para Rasul 18:2

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.
"Di situ dia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang dilahirkan di negeri Pontus. Akwila baru sahaja datang dari Italia dengan isterinya, Priskila. Mereka datang ke Korintus kerana Kaisar Klaudius mengusir semua orang Yahudi dari Roma. Paulus pergi menjumpai Akwila dan Priskila,"
(Kis 18:2)
Pengusiran orang-orang Yahudi dari Roma juga dicatatkan di dalam dua sumber kuno (khususnya oleh Suetonius):
"Oleh kerana orang-orang Yahudi sering merusuh di atas hasutan Cheratus, dia menghalau mereka dari Roma...Namun tindakan ini dan juga tindakan yang lain, malah termasuk seluruh pemerintahannya, dikuasai bukan oleh kerana keputusannya sendiri tetapi untuk menyenangkan hati isteri-isterinya dan mereka yang dibebaskan, kerana hampir setiap keputusannya adalah berdasarkan kepentingan dan kehendak mereka."
(Suetonius, Life of Claudius 25)
"Bulan kesembilan pada tahun yang sama, orang-orang Yahudi diusir keluar dari kota oleh Joseph Claudius..."
(Orosius, Historia Contra Paganus 7.6.15)

Kembali ke Indeks

Ulasan