Langkau ke kandungan utama

Apakah itu Keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang Keselamatan?

sumber
Post ini berdasarkan/terjemahan artikel ini dari laman web Got Questions.

Keselamatan adalah kelepasan daripada bahaya atau penderitaan. Menyelamatkan adalah membebaskan atau melindungi. Perkataan ini membawa pemahaman tentang kemenangan, kesihatan, atau pemeliharaan. Kadang-kala, Alkitab menggunakan perkataan diselamatkan atau keselamatan untuk merujuk kepada keselamatan yang berifat fizikal dan sementara, seperti ketika Paulus dilepaskan dari penjara (Filipi 1:19).


Perkataan "keselamatan" lebih banyak digunakan untuk merujuk kepada keselamatan rohani dan kekekalan. Ketika Paulus memberitahu kepada ketua penjara di Filipi tentang perkara yang harus dilakukannya untuk diselamatkan, dia merujuk kepada destinasi kekal yang akan ditujui oleh ketua penjara tersebut (Kis 16:30-31). Yesus menyamakan keselamatan sebagai masuk ke dalam kerajaan Allah (Mat 19:24-25).

Kita diselamatkan daripada apa? Di dalam doktrin keselamatan Kristian, kita diselamatkan daripada "murka", iaitu penghakiman Tuhan terhadap dosa (Rm 5:9; 1 Tes 5:9). Dosa kita telah memisahkan kita daripada Tuhan, dan akibat dosa ialah maut (Rm 6:23). Keselamatan menurut Alkitab adalah pelepasan kita daripada akibat dosa yang mana melibatkan penghapusan dosa.

Siapa yang menyelamatkan kita? Hanya Tuhan yang dapat menghapuskan dosa dan melepaskan kita daripada hukuman akibat dosa (2 Tim 1:9; Tit 3:5).

Bagaimana Tuhan menyelamatkan kita? Di dalam doktrin keselamatan Kristian, Tuhan telah menyelamatkan kita melalui Kristus (Yoh 3:17). Lebih spesifik, kematian Yesus di kayu salib dan kebangkitan-Nya yang telah mencapai keselamatan untuk kita (Rm 5:10; Ef 1:7). Kitab Suci dengan jelas menekankan bahawa keselamatan adalah suatu rahmat dan pemberian daripada Tuhan, walaupun kita tidak layak menerimanya (Ef 2:5, 8) dan hanya tersedia dengan beriman kepada Yesus Kristus (Kis 4:12).

Bagaimana kita menerima keselamatan? Kita diselamatkan melalui iman. Pertama, kita perlu mendengar tentang Injiliaitu Berita Baik tentang kematian dan kebangkitan Yesus (Ef 1:13). Kemudian, kita perlu percayapercaya sepenuhnya kepada Tuhan Yesus (Rm 1:16). Ia melibatkan pertaubatan, iaitu perubahan pemikiran terhadap dosa dan Kristus (Kis 3:19), dan memanggil nama Tuhan (Rm 10:9-10, 13).

Definisi kepada doktrin keselamatan Kristian adalah, "Kelepasan, melalui kasih karunia/rahmat Tuhan, daripada hukuman kekal terhadap dosa yang mana hanya diberikan kepada mereka yang menerima dengan iman ketetapan Tuhan tentang pertaubatan dan beriman kepada Tuhan Yesus." Keselamatan hanya ada di dalam Yesus (Yoh 14:6; Kis 4:12) dan ia bergantung hanya kepada Tuhan dari segi peruntukan, kepastian, dan perlindungan.

Ulasan