Langkau ke kandungan utama

Paul Washer: tentang Pujian & Penyembahan

"Pujian penyembahan sepatutnya bersifat mengajar. Ia sepatutnya adalah suatu alat untuk mengajar...Di dalam Kolose 3:16, dikatakan 'Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu.' Ini menunjukkan penyembahan timbul daripada seseorang yang dipenuhi dengan Firman Tuhan. 'Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani.'

Maka, tujuan menyanyikan pujian di dalam gereja, yang pertama dan utama adalah memuliakan Tuhan, dan kedua adalah mengajar. Iaitu mengajar mereka yang menyanyi, untuk menguatkan mereka, menegur mereka, dan saya percaya juga boleh menjadi suatu alat kesaksian untuk mereka yang belum percaya.

Namun, bagi saya ada satu masalah di dalam muzik (penyembahan) moden hari ini. Bukan kesemuanya, tetapi kebanyakan darinya. Mereka tidak mengikut prinsip ini (Alkitab), ia lebih kepada perasaan. Saya akan bersikap jujur dengan anda, dan jika anda berasa marah, maafkan saya...

Kebanyakkan pujian penyembahan di dalam gereja hari ini, tidak lebih dari sekadar suatu pesta bersifat kedagingan. Ia adalah tindakan emosi. Jika anda mulai merasakan hadirat Tuhan, ketika lagu tersebut dalam keadaan yang sangat mengujakan, ritmanya telah diangkat tinggi dan muziknya sangat hebat. Dan hanya ketika itu anda mula merasakan hadirat Tuhan, anda sebenarnya tidak merasakan hadirat Tuhan. Ia adalah emosi."

Dipetik dan diterjemahkan daripada video ini bermula dari minit 1:30 hingga 3:06.

Ulasan