Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Kitab Kejadian

Kitab Kejadian mengikut cara penulisan-penulisan kuno yang lain dan tidak menyatakan secara tersurat penulis kitab tersebut. Tetapi tradisi dan rujukan dalaman memberikan Musa sebagai penulis kitab ini, termasuk kitab-kitab Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan. Kelima-lima buah kitab ini dikenali sebagai Pentateukh.

Melalui penceritaan yang teliti dan konsisten, kitab Kejadian memperkenalkan Tuhan yang telah mencipta dunia ini dan segala isinya. Kitab Kejadian juga memperkenalkan kemanusiaan sebagai ciptaan istimewa Tuhan, menjelaskan tentang dosa yang telah membawa kerosakkan kepada kita dan ke dalam sejarah manusia, dan kisah air bah menegaskan bahawa Tuhan pasti akan mengadili dosa.

Namun, kitab Kejadian juga melihat kepada masa hadapan. Di dalam kisah Abraham, kitab Kejadian memperkenalkan tema penebusan. Janji yang diberikan Tuhan kepada Abraham memberikan keyakinan kepada kita bahawa dunia ini bukan sekadar ciptaan Tuhan, tetapi juga suatu haluan sejarah kepada tujuan utama Tuhan: karunia terbesar kepada umat manusia melalui keturunan Abraham, iaitu Yesus Kristus (Gal 3:6-9, 16).

Catatan kitab Kejadian adalah asas penting kepada pengajaran tentang penciptaan, asal-usul manusia, tentang dosa, tentang jatuhnya manusia ke dalam dosa, penghakiman, perjanjian, dan penebusan yang akan datang. Maka, kitab Kejadian ini sangat penting kepada pengajaran-pengajaran utama di dalam Alkitab.

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 13, 14.

Rujukan tambahan
- Pentateukh
- Kata Pengantar Kejadian, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 1.

Ulasan