Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Kitab Rut

Kitab Rut ini merupakan penyeimbang kepada keadaan tragik yang digambarkan di dalam kitab Hakim-Hakim. Peristiwa di dalam kedua-dua kitab ini terjadi pada zaman yang sama. Kitab Hakim-Hakim menunjukkan keruntuhan kerajaan Israel, kitab Rut pula mengingatkan kita bahawa wujud peribadi pada zaman tersebut yang kekal setia kepada Tuhan dan menurut perintah-Nya.

Kitab ini juga mempunyai tujuan sejarah yang penting memandangkan Rut dan Boas, heroin dan hero di dalam kitab ini, adalah moyang kepada Daud, raja yang kemudiannya memimpin umat Tuhan menjadi sebuah kerajaan yang berkuasa dan membawa bangsa itu kembali menyembah Tuhan dengan sepenuh hati. Penulis kitab ini tidak diketahui.

Rujukan
- The Bible Answer Handbook, m/s 115.

Rujukan Tambahan
- Rut
- Ruth
- Kata Pengantar Kitab Rut, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 288.

Ulasan