Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Siri Good Friday & Easter: Argumen Terakhir

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel, muka surat 204-207.

Menggunakan sejarah kepada perubatan, kepada arkeologi, malah peraturan ketenteraan Roma, Metherell telah menutup semua kebocoran yang ada: Yesus tidak akan dapat turun dari salib dalam keadaan hidup. Namun, saya terus menekannya. "Adakah terdapat sebarang kemungkinan--sebarang kemungkinan--untuk Yesus terselamat daripada semua ini?"

Siri Good Friday & Easter: Menjawab mereka yang tidak percaya/ragu-ragu

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel, muka surat 204-205.

Kenyataan Dr. Metherell kelihatannya disokong dengan bukti yang baik. Namun, masih terdapat beberapa hal yang perlu saya perkatakan--termasuk satu titik lemah di dalam penceritaan ini yang mungkin boleh menjejaskan kredibiliti penceritaan Alkitabiah ini.

Siri Good Friday & Easter: Punca kematian

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel, muka surat 202-204.

Metherell telah menyatakan poinnya--dengan gambaran yang mengerikan--tentang kesakitan yang ditanggung ketika proses penyaliban bermula. Namun, saya perlu mengetahui apa yang menyebabkan kematian ke atas mangsa penyaliban kerana ia adalah isu penting dalam menentukan sama ada kematian boleh dipalsukan atau dielakkan. Jadi, saya mengajukan soalan tentang punca kematian terus kepada Metherell.

Siri Good Friday & Easter: Kesengsaraan di atas salib

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel, muka surat 200-202.
Walaupun penjelasan tentang hukuman mencambuk sangat tidak menyenangkan, saya tahu akan ada banyak lagi kesaksian yang memualkan akan diberikan. Ini kerana semua ahli sejarah bersetuju bahawa Yesus kekal hidup selepas dicambuk dan kemudian disalibkan--yang mana adalah isu sebenar hal ini.
   Pada hari ini, apabila pesalah yang dijatuhi hukuman bunuh, dia diikat dan disuntik dengan racun, atau diikat pada kerusi elektrik, situasi tersebut adalah dalam keadaan terkawal. Kematian datang dengan cepat dan di dalam jangkaan. Pakar perubatan dengan teliti memeriksa kematian mangsa. Pada masa yang sama, saksi-saksi akan memerhatikan proses tersebut dengan teliti dari awal hingga penghujungnya.
   Namun, bagaimana pula dengan kematian melalui kaedah yang kasar, perlahan, dan tidak menentu iaitu hukuman salib? Malah, kebanyakan orang tidak pasti …

Siri Good Friday & Easter: Seksaan sebelum disalibkan

Post ini adalah terjemahan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel. Muka surat 198-200.
Pada asalnya, saya hendak mendapatkan penjelasan asas daripada Metherell tentang perincian-perincian yang terjadi sehinggalah peristiwa kematian Yesus. Maka, selepas berbual-bual secara santai, saya meletakkan teh ais saya dan menukar kedudukan kerusi saya untuk berhadapan terus dengannya. Saya kemudian bertanya, "Bolehkah anda gambarkan apa yang telah terjadi kepada Yesus?"
   Dia berdehem untuk membersihkan kerongkongnya. "Ia bermula selepas Perjamuan Akhir," katanya. "Yesus bersama-sama murid-murid-Nya telah pergi ke Bukit Zaitun--lebih spesifik lagi, Taman Getsemani. Di sana, jika anda masih ingat, Dia berdoa semalaman. Ketika itu juga, Dia sedang bersedia untuk menghadapi apa yang akan terjadi pada keesokan harinya. Memandangkan Dia tahu betapa berat kesengsaraan yang akan dihadapi-Nya, secara semula jadinya, Dia m…

Siri Injil Barnabas: #5. Bilakah Injil Barnabas ditulis?

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di sini.

Setakat ini, kita telah melihat bahawa penulis kitab Injil Barnabas ini tidak begitu tahu dengan bahasa, sejarah dan kedudukan geografi pada zaman kehidupan Yesus. Dia juga mempunyai beberapa idea yang berasal dari abad ke-14 dan bukti manuskrip menunjukkan ia berasal dari abad ke-15 dan seterusnya. Maka, adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Injil Barnabas ditulis pada abad ke-14 dan tidak ditulis oleh salah seorang murid Yesus pada pada abad pertama. Adakah kesimpulan ini munasabah? Nampaknya, ia memang munasabah. Malah, ada sarjana Muslim yang bersetuju dengan kesimpulan ini: Berkenaan dengan kitab Injil Barnabas itu sendiri, tidak dinafikan lagi bahawa ia adalah kitab palsu dari zaman pertengahan...Kitab ini mengandungi anakronisme yang berasal dari Zaman Pertengahan dan bukan zaman sebelumnya, dan memberikan pemahaman yang lemah tentang konsep-konsep Islam,…

Siri Injil Barnabas: #2. Injil Barnabas dan Abad Pertama Masihi

Post ini adalah terjemahan berdasarkan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di sini. Benarkah Injil Barnabas ditulis oleh seorang Yahudi yang hidup pada abad pertama masihi? Injil Barnabas ini disebarkan oleh Muslim sebagai Injil asli yang ditulis oleh seorang yang bernama Barnabas[1] yang mana didakwa sebagai murid Yesus[2]. Maka, mereka mendakwa kitab ini ditulis oleh seorang Yahudi yang hidup pada abad pertama masihi dan mengembara bersama-sama dengan Yesus. Jika Barnabas benar-benar adalah penulis kitab ini, maka adalah munasabah untuk kita menganggap bahawa dia tahu tentang fakta-fakta asas kehidupan Yahudi pada zaman tersebut. Sekarang, kita menilai kitab ini sama ada penulisnya tahu atau tidak.

Siri Injil Barnabas: #1. Injil Barnabas dan Surat Barnabas

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di sini.
Injil Barnabas bukan Surat Barnabas Terdapat dua penulisan yang menggunakan nama Barnabas. Injil Barnabas dan Surat Barnabas. Kedua-dua penulisan ini jauh berbeza. Injil Barnabas adalah kitab yang disokong oleh Muslim hari ini, sementara Surat Barnabas adalah catatan kuno Kristian yang mengajarkan tentang ketuhanan, kematian dan kebangkitan Yesus. Surat Barnabas adalah penulisan Kristian sepenuhnya dan boleh dibaca secara percuma di sini.
Perbezaan kedua-dua penulisan ini perlu difahami kerana kadang-kala ada yang terkeliru; ada yang menyangka Surat Barnabas merujuk kepada Injil Barnabas sedangkan ia tidak sama. Kedua-duanya adalah penulisan yang jauh berbeza.

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #3: "Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini. *Senarai penuh siri ini di sini.

Oleh Michael J. Kruger
Salah satu fakta paling asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu difahami oleh semua Kristian adalah kanon ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan aktiviti-aktiviti para rasul (apostolik).
Yesus telah memberikan tugas kepada rasul-rasul pilihan-Nya "agar mereka bersama-sama dengan Dia dan mengutus mereka untuk memberitakan Injil dan mempunyai kuasa" (Markus 3:14-15). Ketika Yesus mengutus kedua belas rasul, Dia mengingatkan mereka bahawa "Kata-kata yang akan kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi kata-kata itu daripada Roh Bapa kamu yang berkata-kata melalui kamu." (Matius 10:20). Maka, Dia dapat memberikan amaran kepada mereka yang menolak kuasa yang diberikan kepada para rasul: "Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada telapak ka…