Langkau ke kandungan utama

Fakta segera - Soteriologi (Soteriology)

Soteriologi adalah penyelidikan tentang doktrin keselamatan. Istilah ini timbul dari perkataan Greek, soterious, yang bermaksud keselamatan.

Soteriologi memperkatakan tentang bagaimana kematian Kristus memberikan keselamatan kepada mereka yang percaya. Ia membantu kita memahami doktrin-doktrin lain seperti penebusan (redemption), pembenaran (justification), penyucian (sanctification), pendamaian (propitiation), dan penebusan pengganti (substitutionary atonement).

Selain Kristologi, Soteriologi adalah bidang yang paling membezakan Kristianiti terhadap kumpulan bidaah dan agama lain di dalam dunia ini. Memahami Soteriologi Alkitabiah akan membantu kita mengetahui mengapa keselamatan hanya diperolehi melalui iman (Efesus 2:8-9), iaitu hanya melalui iman kepada Yesus Kristus. Tidak ada kepercayaan lain yang mendasarkan keselamatan hanya melalui iman. Soteriologi membantu kita untuk melihat sebabnya. Pemahaman yang jelas tentang keselamatan akan memberikan kita damai sejahtera yang melampaui pemahaman akal manusia (Flp 4:7), kerana kita akan mengetahui tentang Dia yang mana perbuatan-Nya tidak akan gagal, iaitu bagaimana kita telah diselamatkan dan bagaimana kita kekal diselamatkan. Jika kita sendiri yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan diri sendiri, kita pasti gagal. Puji Tuhan, hal tersebut bukan sedemikian!


Ulasan