Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Isu Allah di Malaysia

Masyarakat Malaysia secara umumnya pasti tahu tentang keputusan mahkamah baharu-baharu ini yang telah menarik semula kebenaran penggunaan istilah "Allah" di dalam penerbitan Kristian. Hal ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.
Saya secara peribadi melihat keputusan ini sebagai sesuatu yang sudah dijangkakan. Lebih-lebih lagi situasi politik di Malaysia saat ini yang "memerlukan" keputusan seperti itu diberikan. Namun, di sebalik semua ini, tahukah anda tentang kewujudan argumen-argumen dan bukti-bukti yang menidakkan dakwaan bahawa hanya Muslim (di Malaysia) sahaja yang berhak menggunakan istilah Allah tersebut?
Berikut saya berikan pautan kepada sumber terkumpul untuk penulisan-penulisan secara akademik isu ini yang boleh dibaca di sini (Sumber dari blog Krisis & Praxis).

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #6: "Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru"

Post ini adalah terjemahan dari siri post ini. *Senarai penuh siri ini di sini.

Oleh Michael J. Kruger
Siri ini dibuat untuk memperkenalkan kepada orang-orang Kristian umum tentang fakta asas bagaimana kanon Perjanjian Baru terbentuk. Salah satu data penting dalam mana-mana perbincangan tentang kanon adalah apa yang dipanggil sebagai fragmen Muratorian (juga dikenali sebagai kanon Muratorian). Fragmen ini, yang mendapat namanya melalui individu yang menemuinya, Ludovico Antonio Muratori, mengandungi senarai kitab-kitab Perjanjian Baru yang terawal. Walaupun fragmen itu sendiri berasal dari sekitar abad ke-7 atau ke-8, senarai yang terdapat di dalamnya pada asalnya ditulis dalam bahasa Greek dan berasal dari penghujung abad kedua (sekitar tahun 180 masihi).

Kemahiran Interpersonal dalam berkongsi: #1: Jadilah seorang yang mengasihi

Siapa diri anda (atau apa yang anda lakukan selalunya) lebih menonjol berbanding apa yang anda katakan. Kita semua pernah berhadapan dengan individu-individu yang sukar. Ada yang suka berkata-kata tanpa membenarkan anda mencelahnya. Ada yang hanya berminat berkata-kata tentang dirinya sendiri. Ada juga yang mempunyai nafas yang berbau kurang menyenangkan, kadang-kala ada sisa makanan tertinggal di celah-celah giginya, dan tubuh yang berbau seperti orang yang hanya mandi pada hari Sabtu. Ramai juga di antara orang-orang ini sangat bijak. Namun, sering kali tidak ada yang mahu mendengar pendapat anda. Adalah penting, selain mempunyai bukti kukuh yang menyokong peristiwa kebangkitan Yesus, bahawa kita mempersembahkan diri kita dengan cara yang boleh membantu orang lain untuk bersikap terbuka dengan apa yang hendak kita perkatakan. Di sini ada beberapa petua yang mungkin dapat membantu anda untuk lebih efektif apabila berkomunikasi dengan orang lain.