Langkau ke kandungan utama

Apakah yang dikatakan di dalam Alkitab tentang meminum arak/wain? Adakah ia suatu perbuatan dosa untuk seorang Kristian meminum arak/wain?

Diterjemahkan dari artikel ini.
* Terdapat juga terjemahan Bahasa Melayu artikel ini. Namun, beberapa istilah dan ayat yang digunakan di dalam terjemahan tersebut tidak begitu tepat.
----------------------------------

Soalan:
Apakah yang dikatakan di dalam Alkitab tentang meminum arak/wain? Adakah ia suatu perbuatan dosa untuk seorang Kristian meminum arak/wain?

Jawapan:
Banyak yang diperkatakan di dalam Alkitab tentang meminum arak (Imamat 10:9Bilangan 6:3Ulangan 29:6Hakim-Hakim 13:4,7,14Amsal 20:1;31:4Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12). Namun, Alkitab juga tidak semestinya melarang seorang Kristian dari meminum bir, wain, atau sebarang minuman yang mengandungi alkohol. Malah, ada ayat-ayat Alkitab yang memperkatakan alkohol secara positif. Pengkhotbah 9:7 menyatakan, "Minumlah wain dan bergembiralah". Mazmur 104:14-15 menyatakan bahawa Tuhan memberikan wain "yang menyukakan hati manusia". Amos 9:14 memperkatakan tentang meminum anggur dari kebun anggur sendiri sebagai tanda berkat daripada Tuhan. Yesaya 55:1 menggalakkan, "Terimalah gandum tanpa uang pembeli dan makanlah, juga anggur dan susu tanpa bayaran!".

Apa yang Tuhan perintahkan kepada orang-orang Kristian berkenaan dengan arak adalah mengelak dari kemabukan (Efesus 5:18). Alkitab mengutuk kemabukan dan kesan-kesannya (Amsal 23:29-35). Orang-orang Kristian juga diperintahkan untuk tidak membiarkan tubuh mereka "dikuasai" apa-apa (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Tidak dinafikan, meminum arak secara berlebihan akan menyebabkan ketagihan. Alkitab juga melarang orang-orang Kristian dari melakukan perkara yang mungkin akan menyinggung orang Kristian lain atau yang akan menggalakkan mereka berbuat dosa (1 Korintus 8:9-13). Berdasarkan semua ini, adalah sukar untuk seorang Kristian yang meminum arak secara berlebihan mengatakan dirinya meminum arak untuk kemuliaan Tuhan (1 Korintus 10:31).

Yesus menukar air menjadi wain. Malahan, Yesus sendiri juga seperti meminum wain di dalam situasi-situasi tertentu (Yohanes 2:11; Matius 26:29). Pada zaman Perjanjian Baru (iaitu zaman kehidupan Yesus), air tidak begitu bersih. Tanpa cara pembersihan moden, air selalunya dipenuhi dengan bakteria, virus, dan pelbagai jenis bahan tercemar. Hal yang sama ini masih berlaku di dalam negara-negara dunia ketiga hari ini. Akibatnya, orang pada zaman tersebut lebih sering meminum wain (atau air anggur) kerana ia lebih jarang dicemari. Di dalam 1 Timotius 5:23, Paulus menyuruh Timotius untuk berhenti meminum air yang ada (yang mungkin adalah penyebab kepada masalah pencernaannya) dan meminum wain. Pada zaman tersebut, wain tersebut mengandungi ragi (beralkohol), tetapi bukan semestinya pada kadar yang sama seperti hari ini. Adalah tidak tepat untuk mengatakannya hanyalah air anggur, tetapi juga tidak jika kita mengatakannya sebagai sama dengan wain hari ini. Sekali lagi, Alkitab tidak melarang orang-orang Kristian dari meminum bir, wain, atau mana-mana minuman beralkohol lain. Alkohol/arak itu sendiri, tidak dicemari dengan dosa. Tetapi kemabukkan ketagihan kepada arak yang perlu dielakkan sepenuhnya oleh seorang Kristian (Efesus 5:181 Korintus 6:12).

Arak, jika diminum pada kadar yang sedikit, tidak berbahaya atau membawa kepada ketagihan. Malahan, sebilangan doktor menyarankan untuk meminum sedikit wain untuk kebaikannya dari segi kesihatan, khususnya untuk jantung. Meminum sedikit minuman beralkohol adalah berkaitan dengan kebebasan/pilihan seorang Kristian. Kemabukkan dan ketagihan adalah dosa. Namun, oleh kerana kerisauan Alkitabiah tentang arak dan kesan-kesannya, oleh kerana adalah mudah bagi seseorang tergoda untuk meminum arak secara berlebihan, dan oleh kerana kemungkinan akan menyebabkan orang lain tersinggung atau tersandung, adalah lebih baik untuk seorang Kristian tidak meminum arak.

Ulasan