Langkau ke kandungan utama

Sisipan Risalah/Pamflet Apologia Kristian

Kali ini saya ingin mengongsikan 7 sisipan risalah/pamflet Siri Apologia Kristian. Risalah-risalah ini khusus untuk membantu orang-orang Kristian dalam memberikan respon terhadap persoalan yang diberikan tentang dasar-dasar kepercayaan kita.
*Gambar-gambar yang disertakan hanyalah sebahagian daripada sisipan tersebut. Untuk mendapatkan keseluruhan sisipan tersebut, link download diberikan di hujung artikel ini.

Siri Apologia Kristian: #1
Memperkatakan tentang penyaliban Yesus Kristus. Adakah ia benar-benar terjadi? Bagaimana dengan teori-teori yang cuba menafikan peristiwa penyaliban ini? Semua ini dijelaskan dengan ringkas di dalam sisipan ini.

Siri Apologia Kristian: #2
Memperkatakan tentang kebangkitan Yesus. Adakah kebangkitan Yesus dapat dibuktikan? Semua ini diberikan respon di dalam sisipan ini.

Siri Apologia Kristian: #3
Memperkatakan tentang keilahian Yesus. Adakah Yesus adalah Tuhan? Beberapa bukti diberikan tentang keTuhanan Yesus di dalam sisipan ini.

Siri Apologia Kristian: #4
Memperkatakan tentang ungkapan "Anak Allah" yang diberikan kepada Yesus. Juga menjelaskan tentang maksud ungkapan "Anak Manusia". Dijelaskan secara ringkas di dalam sisipan ini.

Siri Apologia Kristian: #5
Memperkatakan tentang doktrin Tritunggal. Menjelaskan secara ringkas ayat-ayat Alkitab yang menyatakan doktrin ini secara implisit/tersirat dan eksplisit/tersurat.

Siri Apologia Kristian: #6
Memperkatakan tentang Alkitab. Adakah ia pernah dipalsukan? Adakah Alkitab hari ini masih sama seperti yang asal? Semua ini dijelaskan dengan ringkas di dalam sisipan ini.

Siri Apologia Kristian: #7
Memperkatakan implikasi secara perundangan yang akan dihadapai jika seorang Kristian di Malaysia bertukar agama/memeluk agama Islam. Dijelaskan dengan ringkas di dalam sisipan ini.





Semua risalah ini dapat dimuat-turun/download di sini secara percuma untuk diedarkan kepada kalangan Kristian. Semua risalah ini adalah dalam bentuk PDF.

Perlu dijelaskan, sisipan-sisipan ini bukan bertujuan memburuk-burukkan agama lain tetapi sebagai suatu respon kepada dakwaan-dakwaan yang diberikan ke atas kepercayaan Kristian.

Ulasan