Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #30: Bukan Jesus yang disalib?

Senarai lengkap siri ini di sini.
Pada muka surat 56 hingga 58, penulis sekali lagi cuba mengatakan bukan Jesus yang disalibkan. Kali ini, penulis cuba memetik ayat Matthew 27:46 berikut: "Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" (Matthew 27:46, TB) Namun, apa yang tidak dijelaskan penulis, Jesus sebenarnya sedang mengungkapkan semula ayat dari kitab Mazmur 22:1, "Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar. Mazmur Daud. Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku." (Mazmur 22:1, TB) Mengapa Jesus berseru menggunakan ayat Mazmur 22:1 tersebut? Ia untuk menarik perhatian terhadap Mazmur 22 yang mana pada ayat 11 hingga 18 adalah seperti berikut:

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #29: Percanggahan perincian kebangkitan Jesus?

Senarai lengkap siri ini di sini.
Pada muka surat 50 hingga 53, penulis cuba menimbulkan keraguan kepada peristiwa kebangkitan Jesus dengan mendakwa terdapat percanggahan pada perincian kisah kebangkitan tersebut.
Berapa orang wanita? Penulis cuba mengatakan wujud percanggahan kerana "Wanita-wanita yang diceritakan datang ke kubur tidak sama dalam ketiga-tiga Gospel Sinoptik". Penulis mendakwa percanggahan ini wujud kerana "Gospel of John hanya menyebut seorang wanita bernama Maria Magdalena". Namun, penulis sendiri kemudian memberikan penjelasan kepada percanggahan tersebut apabila berkata "Namun, dalam Gospel of John wanita itu menggunakan kata ganti nama 'kami' semasa bercakap, seolah-olah dia mempunyai teman".

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #27: Injil Barnabas?

Senarai siri ini lengkap di sini.
Pada muka surat 39 hingga 46, penulis sekali lagi menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" bahawa Judas yang disalibkan menggantikan Jesus. Injil Barnabas sudah saya perkatakan di dalam poin 9 sebelum ini. Ia bukanlah Injil asli dan sudah terbukti palsu. Bukan di dalam siri ini sahaja, Injil Barnabas juga telah diperkatakan beberapa kali di dalam blog ini. Malah, terdapat sarjana Muslim yang mengakui Injil Barnabas adalah injil palsu.[1]
Apa yang menariknya, penulis telah memberikan terjemahan Bahasa Melayu kepada Injil Barnabas. Setakat ini, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu bagi Injil Barnabas. Mungkin ia terjemahan penulis sendiri?
Sudah banyak yang diperkatakan tentang kepalsuan Injil Barnabas ini, Tindakan penulis menggambarkannya sebagai injil "benar" menunjukkan penulis sama ada tidak tahu atau sengaja menggunakan tipu helah untuk menyokong dakwaannya. Penulis mencatatkan Injil Barnabas disusun pada abad kedua Masihi![2]

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #26: Bagaimana Judas mati?

Senarai lengkap siri ini di sini.
Pada muka surat 36 hingga 39 buku ini, penulis cuba memberikan beberapa "kemungkinan" bagaimana Judas mati. Apa yang menariknya, penulis sendiri tidak pasti dan mengakhiri setiap "kemungkinan" dengan ungkapan hanya Allah mengetahuinya.
Penulis cuba menggambarkan cara kematian Judas yang diceritakan di dalam Alkitab bercanggah. Penulis memetik Matthew 27:3-8 yang mengatakan Judas membunuh diri dengan menggantung dirinya. Kemudian, penulis memetik Acts 1:18-19 yang menceritakan Judas jatuh dan tubuhnya terbelah sehingga semua isi perutnya terkeluar.
Penulis kemudian menulis, Melalui kedua-dua versi cerita ini, yang mana kita dapat jadikan pegangan? Judas membunuh diri dengan cara menggantung diri ataupun Judas mati tersungkur dan isi perutnya terkeluar. (m/s 38) Perhatikan ungkapan yang digariskan pada kenyataan penulis. Beliau mengatakan "mati tersungkur" sedangkan jika kita membaca Acts 1:18-19, tidak ada disebut Judas &q…