Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Apakah panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus?

Diterjemahkan dari artikel ini.
Terdapat lebih 200 panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus di dalam Alkitab. Berikut adalah yang lebih terkenal, disusun dalam tiga bahagian yang mencerminkan sifat semulajadi Kristus, posisi-Nya di dalam kesatuan Triniti Allah, dan pelayanan yang telah dilakukan-Nya di bumi bagi pihak kita.

Injil berusia 1,500 tahun adalah Injil Barnabas? Benar atau palsu?

Pada tahun 2012, berita tentang penemuan sebuah manuskrip Injil berusia 1,500 tahun heboh diperkatakan. Hari ini, jika kita membuat carian rambang di dalam internet, ada banyak laman web yang memaparkan berita tersebut.[1]
Setiap berita yang ada memaparkan pengisian yang hampir sama. Kebanyakan laman web memaparkan berita ini seolah-olah penemuan manuskrip Injil tersebut sudah diselidiki dan sudah disahkan sebagai asli. Antara hal yang dipaparkan sebagai "fakta" oleh kebanyakkan laman-laman web ini adalah: 1. Ia berusia 1,500 tahun. 2. Ia adalah Injil Barnabas.
Namun, hakikatnya, keaslian Injil ini belum lagi diselidiki. Malah, ia juga tidak diketahui dengan pasti adakah ia Injil Barnabas atau bukan. Perkaitan manuskrip Injil 1500 tahun ini dengan Injil Barnabas hanyalah spekulasi.[2]

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #28: Kitab-kitab Apokripa lagi?

Senarai penuh siri ini di sini.
Pada muka surat 46 hingga 49, penulis sekali lagi cuba menggunakan kitab-kitab apokripa untuk menyokong kesnya. Namun, seperti yang telah diperkatakan pada poin 9 sebelum ini, kitab-kitab apokripa ini adalah kitab-kitab palsu yang ditulis pada zaman di mana semua nama-nama yang kononnya menulis kitab-kitab apokripa tersebut sudah lama meninggal dunia.

Lebih teruk lagi, semua kitab-kitab apokripa yang diberikan penulis sebenarnya menidakkan dakwaan penulis sendiri. Kita hanya perlu membaca sendiri kitab-kitab apokripa tersebut. Mungkin, itulah sebabnya penulis hanya memetik ayat-ayat dan bahagian-bahagian tertentu sehingga konteks sebenar ayat dan bahagian tersebut "dapat disembunyikan" oleh penulis.

Penulis telah menterjemahkan bahagian/ayat kitab-kitab apokripa tersebut ke dalam Bahasa Melayu. Dan terjemahan yang diberikan penulis agak mengelirukan. Ditambah dengan terjemahan nama kitab yang diberikan penulis tanpa memberikan nama asal kitab…